When we change our ……

Pada hari ini saya didedahkan dengan apa yang disebut sebagai “Change Chain” atau “Rantai Perubahan” dalam satu kursus yang saya hadiri di ibu negara. Rantainya adalah perkara yang biasa didengar oleh semua dan terdiri dari 7 elemen iaitu Belief, Attitude, Behaviour, Life, Performance, Thinking dan Expectations.
Rantai ini adalah rentetan dari perkara yang perlu untuk seseorang mengubah haluan hidupnya. Ianya bermula dengan kenyataan “When we change our ….., then we will change our …… (Tempat kosong ini diisi salah satu dari 7 elemen Rantaian Perubahan).
Contohnya untuk saya berubah dari malas kepada rajin maka rantai saya bermula dengan Belief dan diikuti dengan Thinking, Attitude, Behaviour, Performance, Expectations dan diakhiri dengan Life.
Jadi, apakah “Rantaian Perubahan” anda? Turutannya mungkin tidak sama dengan saya dan adalah menurut pandangan masing-masing.
Related links: