Ice Breaking

Ice BreakingBagaimana anda membuat penonton teruja? “Ice Breaking” adalah teknik-teknik yang digunakan untuk menghidupkan suasana atau memeriahkan suasana terhadap kumpulan individu yang tidak pernah kerja bersama, tidak pernah berjumpa atau tidak kenal satu sama lain. “Ice Breaking” perlu diketengahkan dalam situasi seperti berikut:

  • Peserta mempunyai latarbelakang yang berbeza.
  • Merapatkan hubungan peserta yang berlainan untuk mencapai sesuatu tujuan.
  • Pasukan anda baru dibentuk.
  • Topik yang anda bincangkan adalah sesuatu yang baru, buakan perkara biasa dan tidak ramai yang berpengalaman.
  • Sebagai fasilitator, anda perlu mengenali peserta dan membuatkan peserta mengenali anda dengan lebih baik.

Kaedah yang boleh digunakan adalah dengan membuat jenaka, teka-teki, persembahan video, soal-jawab atau apa sahaja teknik yang difikirkan sesuai untuk memastikan anda mendapat kerjasama dari kumpulan. Sesi “Ice Breaking” akan mengurangkan rasa tidak selamat dalam kalangan peserta dan membuatkan mereka merasa selesa.


Leave a Reply