Idea sensasi untuk blog pertama anda

Masalah kekeringan idea untuk menulis blog pertama adalah perkara biasa bagi penulis blog yang baru berjinak-jinak dalam penulisan. Ini adalah kerana kesukaran untuk menghasilkan penulisan yang bermutu dan kekurangan ilmu serta pengalaman berharga untuk dinukilkan serta persaingan dari penulis blog sedia ada. Walaupun banyak blog berbahasa melayu yang boleh dijumpai, tetapi kebanyakannya hanya nukilan peribadi dan tidak cuba membawa minda pembaca ke tahap yang lebih tinggi.

Berikut adalah 11 idea penulisan blog dalam bahasa Melayu yang dapat membantu penulis blog baru untuk memulakan kerjaya penulisan blog yang bermutu:

Idea 1: Tulis dan bincang berkenaan pro dan kontra sesuatu isu/perkara seperti “Pemberian jarum suntik dan kondom kepada penagih dadah”.

Idea 2: Temuramah dengan orang yang pakar dalam sesuatu isu/perkara.

Idea 3: Buat kajian kes berkenaan sesuatu seperti “Kenapakah ramai rakyat Malaysia yang terkorban kerana kemalangan jalanraya”.

Idea 4: Nyatakan pendirian anda tentang isu semasa seperti “Adakah Dr Sheikh Muszaphar layak digelar angkasawan atau penumpang?”.

Idea 5: Tulis komen yang panjang tentang sesuatu isu/perkara.

Idea 6: Tulis berkenaan tajuk buku yang anda baca.

Idea 7: Jawap pertanyaan yang diajukan oleh pelawat anda dengan berhikmah.

Idea 8: Tulis berkenaan pro dan kontra sesuatu isu/perkara.

Idea 9: Tulis berkenaan aktiviti dan perancangan semasa anda.

Idea 10: Tulis pandangan anda berkenaan blog penulis lain.

Idea 11: Buat tinjauan statistik kata kunci (keywords) yang diguna oleh pelawat untuk mengunjung blog anda atau blog penulis lain.

Saya akan kembali dengan idea-idea berikutnya esok. Stay tune tomorrow.

Recommended links: 8 remarkable-blogs-you-should-subscribe-to


Leave a Reply