Proses Kreativiti

Proses Kreativiti

1. Ilmu Pengetahuan -
Mengumpul maklumat sebanyak mungkin berkenaan tugasan atau masalah.

2. Penyelidikan -
Mengenalpasti percubaan yang lalu dan membuat pendirian dimana tumpuan hendak diberi. Mencari hasil dan percubaan yang lalu.

3. Mendefininisikan matlamat/arah tuju -
Mentakrifkan dengan jelas masalah yang hendak diselesaikan atau hasil yang dikehendaki.

4. Pengeraman (Incubation) -
Tiada apa dilakukan pada langkah ini. Menghasilkan buah fikiran atau ide memerlukan masa dan tidak datang dengan segera. Terlalu banyak berfikir boleh menyebabkan kebuntuan. Ide mungkin terbit pada keadaan yang tidak disangka.

5. Membina kemungkinan -
Adalah lebih baik mencuba pendekatan yang berbeza dari menumpukan pada satu ide. Ide adalah seperti batu loncatan; Ide berkembang dari satu ide ke yang lain dan ide baru sering kali adalah gabungan berbagai ide yang ada.

6. Penapisan -
Ide-ide perlu ditapis untuk mendapatkan yang terbaik.

7. Menyatakan dengan jelas -
Mencari jalan untuk menyampaikan ide. Menjual ide kepada pihak lain dan memberangsangkan mereka untuk memajukan ide tersebut.

Terjemahan dari: Symbiosis February-May 2004, Technology Park Malaysia.


Leave a Reply