Seperti ketam mengajar anak berjalan betul
Adakah kita telah mendidik zuriat, anak-anak atau murid-murid kita dengan betul?
Mengikut Dr. Ibrahim bin Hashim, bekas pensyarah Universiti Malaya dan kini merupakan seorang kaunselor dan Perunding Sumber Manusia untuk mendidik anak-anak menjadi baik perlulah bermula dengan mempelajari tentang ilmu keibubapaan (parenting).
Mengikut beliau pada zaman sekarang terdapat ramai ibu dan ramai bapa tetapi tiada keibubapaan. Gejala “Mat rempit” adalah hasil dari kurangnya pendidikan ilmu keibubapaan dalam kalangan pasangan suami isteri dan masyarakat.
Jika anak jatuh maka menjadi kewajipan untuk ibubapa mengajar anak-anak bangun semula. Ibubapa perlu mengajar anak-anak menyayangi guru kerana anak-anak belajar dengan baik dari guru yang mereka sayang.
Kesilapan yang sering dilakukan oleh ibubapa atau guru:
- Memarahi anak kerana gagal dalam peperiksaan. (Ingatlah marah bukan ubat untuk menjadikan anak pandai)
- Pukul atau marah bukan jawapan atau penyelesaian kepada masalah.
- Menjatuhkan maruah murid dalam kelas contohnya marah murid tidur dalam kelas (sepatutnya menyuruh murid membasuh muka).
- Anak tak nampak niat ayah sebaliknya anak nampak kebencian ayah ( contoh bila memukul anak)
- Perbezaan orang dulu dengan sekarang ialah orang dulu lebih banyak mempraktikkan psikologi dan kurang bercakap. Orang sekarang lebih banyak bercakap dari mempraktik.
- Ramai guru yang tak pakai adab mendidik (bukan pendidik)
- Ramai guru yang menggunakan komen yang negatif terhadap murid (seperti Jumpa saya, Lemah, Usaha lagi, Bodoh)
- Kitalah yang mengajar anak jangan berkata benar tetapi kita tidak sedar (kerana tidak belajar ilmu keibubapaan)
- Bila anak gagal ertinya mereka minta pertolongan, bantuan atau minta didengari (bukan minta dipukul). Dengar + Tanya = Faham
- Kalau pandai pukul mesti pandai pujuk.
- Sayang anak tangan-tangankan (bukan bermakna pukul anak tetapi peluk, gosok, atau sentuhan kasih sayang).
- Berfikir bersama anak kita bukan berfikir untuk mereka.
“In Loco Parentis” atau “Student Service Law” bermakna seseorang guru bukan hanya bertanggungjawab sebagai guru tetapi juga sebagai ibubapa terhadap murid. Dengan kata lain guru adalah bertanggungjawab terhadap murid.