Gila-gila

Gila-gila

Untuk mencapai kecemerlangan, selalunya kita perlu memberikan seluruh tenaga yang kita ada. Sentuhan yang berlainan dari biasa atau drastik akan memungkinkan kecemerlangan dicapai dengan cepat. Inilah yang dinamakan usaha yang “gila-gila“.

Walaupun usaha adalah “gila-gila“, tetapi pendekatan perlulah mematuhi nilai-nilai moral masyarakat dan tidak menjatuhkan martabat seseorang disebabkan pendekatan yang dilakukan.

Contoh yang terbaru adalah pada 12 November 2007 apabila Menteri Besar Selangor memberikan anugerah “Penyapu” kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang tidak menunjukkan prestasi yang baik (kerana gagal mengutip hasil cukai yang disasarkan) boleh dianggap pendekatan yang “gila-gila“. PBT yang malang tersebut adalah Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Hulu Selangor serta Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS). Banyak kontroversi yang timbul disebabkan oleh pendekatan ini tetapi saya memandangnya sebagai sesuatu yang “gila-gila“.

Moral of the story: Lakukan sesuatu yang “gila-gila” hari ini dan anda akan dikenang pada esok hari.


Leave a Reply